BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 28, 2010

TEGURAN DEMI KEBAIKAN...

Teguran itu amat menyakitkan seperti terkena tusukan mata pedang yang amat tajam. Ia bergantung kepada seseorang sama ada boleh menerima teguran itu atau tidak. Sesetengah orang akan merasa marah apabila dia menerima teguran dan terdapat juga sesetengah orang akan menerima dengan hati terbuka. Anda pula bagaimana????



Terdapat sesetengah teguran itu membawa kebaikan kepada seseorang dan terdapat juga yang boleh membawa kepada kemudaratan. Jika teguran itu adalah untuk kebaikan, apalah salahnya jika seseorang itu terima untuk kebaikannya juga. Mesti ada di kalangan kita merasakan 'macam la dia tu betul sangat atau baik sangat. Tengok la diri sendiri tu dulu baru boleh tegur orang'. Betul tk???



Kadang-kadang kita berasa geram dengan orang yang menegur kita itu. Saya pernah mengalami pengalaman yang sama. Saya berasa geram dengan manusia berkenaan. Tegurannya itu mungkin ada kebenarannya tetapi saya tidak boleh menerima tegurannya itu dengan hati yang ikhlas. Tapi nak buat macam mana kan. Saya terpaksalah menerima tegurannya walaupun dengan perasaan sakit hati. Lama-kelamaan mungkin saya boleh menerima tegurannya. Apabila kita menerima teguran, jangan berasa cepat marah. Kalau rasa nak marah, banyak-banyakkan istighfar. Ataupun elakkan berjumpa dengan manusia berkenaan. Kadang-kadang saya terfikir, orang yang menegur itu tidak berasa apa-apa ke...sama ada perasaan serba salah atau malu. Tapi apabila difikir-fikirkan balik, orang menegur ini merupakan seorang yang berani. Dia merupakan orang yang tidak tahu malu. Dia berani menegur orang untuk berubah ke arah kebaikan.

Tips bagi penegur

  • pastikan teguran itu untuk kebaikan
  • menegur dengan kata-kata yang baik dan tidak menyakitkan hati orang yang ditegur. Ini kerana terdapat sesetengah orang yang sensitif apabila menerima teguran atau kritikan.
  • tegur dengan cara berhemah.

Tips bagi penerima teguran

  • terima teguran dengan hati terbuka walaupun teguran itu menyakitkan tetapi ia adalah untuk kebaikan
  • jangan menyalahkan penegur jika mereka menegur kita. Mungkin ada benarnya apa yang ditegur oleh mereka
  • banyakkan muhasabah diri. Tanya diri sendiri.

Kesimpulannya, terimalah teguran yang baik itu dengan hati terbuka. Teguran yang buruk perlu dielakkan. Muhasabah la diri sendiri. Jangan jadikan teguran itu sebagai penghalang untuk kita melakukan sesuatu perkara. Ambil yang positif dan tinggalkan yang negatif. Amar maaruf nahi mungkar.

Walahu'alam...Akhir Kalam...