BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 19, 2010

Kelebihan Seorang Wanita


  1. seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali

  2. seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh

  3. seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat

  4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
  5. wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya

  6. wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad

  7. wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

  8. wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat

  9. wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut
  10. wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat

  11. wanita yang memerah susu binatang dengan bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan

  12. wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah Allah akan berkatkan rezekinya

  13. wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah

  14. wanita yang menjaga solat,puasa, dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka

  15. wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari

  16. wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari

17. wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan ada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji

18. sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati shahid

19. jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat

20. jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun) maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya

21. jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa

22. jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak

23. wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga

24. jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat

25. semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

Oleh itu, kepada muslimah-muslimah sekalian termasuklah diri ini, marilah kita berlumba-lumba untuk mendapatkan bekalan pahala untuk dunia dan akhirat. Allah telah memberikan banyak manfaat, cuma ia bergantung kepada diri kita sendiri sahaja sama ada untuk melakukannya atau tidak. Bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai seorang muslimah kerana banyak kelebihannya.

Walahualam....akhir kalam...

Hikmah Berdiam Diri

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakal di akhirat bicara yang menyakiti orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM:

  • sebagai ibadah tanpa bersusah payah
  • perhiasan tanpa berhias
  • kehebatan tanpa kerajaan
  • benteng tanpa pagar
  • kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
  • istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
  • menutupi segala aib

Hadis Rasulullah mengenai satu kelebihan diam yang bermaksud :

"BARANGSIAPA YANG BANYAK PERKATAANNYA, NESCAYA BANYAKLAH SILAPNYA. BARANGSIAPA YANG BANYAK SILAPNYA, NESCAYA BANYAKLAH DOSANYA. DAN BARANGSIAPA YANG BAYAK DOSANYA , NESCAYA NERAKA YANG UTAMA BAGINYA." (Riwayat Abu Naim)

"BARANGSIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT,MAKA HENDAKLAH IA BERKATA YANG BAIK ATAU DIAM." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

"BARANGSIAPA DIAM MAKA IA TERLEPAS DARI BAHAYA." (Riwayat At-Tarmizi)

Madah dari Hukama :

  • banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.
  • menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang.
  • kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina diriya sendiri.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

kata hikamah hari ini : kejayaan hidup tanpa pengorbanan adalah kejayaan penuh kepalsuan...

Muslimah Sejati

Buatmu Muslimah....

Wanita solehah ialah yang tidak suka memandang dan dipandang,
di bibirnya tiada nama lelaki dan di bibir lelaki tiada namanya.

Apabila bicara itu perak,
Diam itu emas.

Emas diuji dengan api,
Wanita diuji dengan emas,
Dan lelaki diuji dengan wanita.

Jadilah seperti lilin yang menerangi orang lain,
Jangan jadi seperti duri yang mencucuk diri dan menyakiti orang lain.

Sekiranya Allah memakbulkan doa kamu,
maka Allah sayang kamu.

Sekiranya Allah lambat memakbulkan doa kamu,
maka Allah menguji kamu.

Sekiranya Allah tidak memakbulkan doa kamu,
maka Allah menjanjikan yang lebih baik untuk kamu.

Bukanlah tegas dan kuat itu pada kuat pertarungannya,
tetapi kuat dan tegas yang sebenar adalah pada keupayaan seseorang itu mengawal dirinya ketika marah.

RENUNG-RENUNGKANLAH DAN FIKIR-FIKIRKANLAH....

kata hikmah hari ini : Syukur adalah pintu limpahan nikmat, kufur adalah pintu laknat Allah......

Kelebihan orang menuntut ilmu

Daripada Abu Darda' r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : 'Barangsiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan untuk ke syurga. Sesungguhnya Malaikat meletakkan sayapnya untuk menaungi penuntut ilmu kerana redha atas apa yang dilakukannya. Sesungguhnya seorang alim itu akan diminta ampun baginya makhluk yang di langit dan di bumi hinggakan ikan-ikan di laut. Kelebihan seorang alim berbanding seorang abid ialah ibarat rembulan kepada bintang-bintang yang lain. Sesungguhnya para ulama ialah pewaris nabi-nabi dan sesungguhnya nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka mewariskan ilmu, barang siapa yang mendapatkannya maka dia telah mendapat satu keuntungan yang besar.' (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Sematkan dalam diri matlamat untuk menjejak kaki ke alam IPT untuk menuntut ilmu. Niatkan menuntut ilmu itu kerana Allah SWT. Jika niat kita betul kerana Allah, InsyaAllah Dia akan permudahkan segala-galanyA. Berdoalah kepada Allah supaya segala ilmu yang kita pelajari itu diberkati dan diamalkan dengan sebaik-baiknya. Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang cantik tetapi tidak mempunyai buah. Buat apa kalau ada ilmu tetapi tidak disampaikan. Tetapi untuk menyampaikan ilmu itu, kita perlulah berilmu. Jadi, tuntutlah ilmu hingga ke negeri China bak kata pepatah dulu. Tuntut ilmu dengan ikhls dan janganlah merungut dalam menuntut ilmu. Syukur alamdulillah kerana kita diberikan peluang untuk menuntut ilmu. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah berikan.

Bertabarruj

Apa itu tabarruj??????
Tabarruj ialah perkataan daripada bahasa Arab yang membawa maksud berhias. Memang menjadi fitrah manusia untuk sentiasa nampak cantik dan kemas.

"ISLAM TIDAK MENGHALANG WANITA UNTUK BERHIAS TETAPI ISLAM TELAH MENGGARISKAN PANDUAN TERBAIK YANG DATANGNYA DARIPADA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DI ATAS SEGALA SESUATU YANG TELAH BERLAKU DAN AKAN BERLAKU"

"SESUATU YANG INDAH ITU ADALAH YANG SEDAP MATA MEMANDANG. SEDAP MATA MEMANDANG BERERTI BERSEDERHANA DALAM SEGENAP SEGI PENAMPILAN. TIDAK TERLALU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MENDATANGKAN FITNAH"

"KECANTIKAN YANG SEJATI ADALAH KECANTIKAN DARI DALAMAN, IAITU KECANTIKAN HATI YANG DISEMAI DENGAN KEIMANAN YANG TINGGI KEPADA SI PENCIPTANYA"

Allah berfirman yang bermaksud:"Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka atau saudara-mara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti mengenai aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan kamu sekalian kepada Allah bunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah SWT hai orang-orang beriman supaya kamu beruntung. (Surah An-Nur:31)

Secara kesimpulannya, setiap wanita boleh berhias cuma tidak melampaui batas. Cukuplah sekadar untuk Muslimah itu berhias diri untuk menjaga personaliti, keterampilan, dan penampilannya agar tidak nampak selekeh di mata masyarakat. BERSEDERHANA adalah kata kunci yang boleh menyelamatkan seseorang dalam apa juga aspek bukan sahaja aspek kecantikan. Allah suka kepada kesederhanaan dalam perbelanjaan dalam kehidupan. Jadi, bersederhanalah dalam setiap aspek dalam kehidupan. Moga hidup kita diberkati Allah SWT. Aminnnn....

Sunday, February 28, 2010

TEGURAN DEMI KEBAIKAN...

Teguran itu amat menyakitkan seperti terkena tusukan mata pedang yang amat tajam. Ia bergantung kepada seseorang sama ada boleh menerima teguran itu atau tidak. Sesetengah orang akan merasa marah apabila dia menerima teguran dan terdapat juga sesetengah orang akan menerima dengan hati terbuka. Anda pula bagaimana????



Terdapat sesetengah teguran itu membawa kebaikan kepada seseorang dan terdapat juga yang boleh membawa kepada kemudaratan. Jika teguran itu adalah untuk kebaikan, apalah salahnya jika seseorang itu terima untuk kebaikannya juga. Mesti ada di kalangan kita merasakan 'macam la dia tu betul sangat atau baik sangat. Tengok la diri sendiri tu dulu baru boleh tegur orang'. Betul tk???



Kadang-kadang kita berasa geram dengan orang yang menegur kita itu. Saya pernah mengalami pengalaman yang sama. Saya berasa geram dengan manusia berkenaan. Tegurannya itu mungkin ada kebenarannya tetapi saya tidak boleh menerima tegurannya itu dengan hati yang ikhlas. Tapi nak buat macam mana kan. Saya terpaksalah menerima tegurannya walaupun dengan perasaan sakit hati. Lama-kelamaan mungkin saya boleh menerima tegurannya. Apabila kita menerima teguran, jangan berasa cepat marah. Kalau rasa nak marah, banyak-banyakkan istighfar. Ataupun elakkan berjumpa dengan manusia berkenaan. Kadang-kadang saya terfikir, orang yang menegur itu tidak berasa apa-apa ke...sama ada perasaan serba salah atau malu. Tapi apabila difikir-fikirkan balik, orang menegur ini merupakan seorang yang berani. Dia merupakan orang yang tidak tahu malu. Dia berani menegur orang untuk berubah ke arah kebaikan.

Tips bagi penegur

  • pastikan teguran itu untuk kebaikan
  • menegur dengan kata-kata yang baik dan tidak menyakitkan hati orang yang ditegur. Ini kerana terdapat sesetengah orang yang sensitif apabila menerima teguran atau kritikan.
  • tegur dengan cara berhemah.

Tips bagi penerima teguran

  • terima teguran dengan hati terbuka walaupun teguran itu menyakitkan tetapi ia adalah untuk kebaikan
  • jangan menyalahkan penegur jika mereka menegur kita. Mungkin ada benarnya apa yang ditegur oleh mereka
  • banyakkan muhasabah diri. Tanya diri sendiri.

Kesimpulannya, terimalah teguran yang baik itu dengan hati terbuka. Teguran yang buruk perlu dielakkan. Muhasabah la diri sendiri. Jangan jadikan teguran itu sebagai penghalang untuk kita melakukan sesuatu perkara. Ambil yang positif dan tinggalkan yang negatif. Amar maaruf nahi mungkar.

Walahu'alam...Akhir Kalam...